Tuesday 30 October 2012

MEKANISME KEGAGALAN CERUN

Jenis-Jenis Kegagalan
Cerun
•Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan
cerun yang berlaku.
•Antara kriteria utamanya adalah
mengetahui punca dan bentuk runtuhan
pergerakan dalam tanah.
•Pergerakan tersebut mungkin berbentuk
runtuhan(f alls), gelinciran(sl ides) dan
aliran(f low)

Pergerakan Gelinciran
(Sliding)
Ia melibatkan pergerakan tanah
pada satah kegagalan yang
mengalami ricih yang tinggi.
Ia melibatkan pergerakan tanah
pada satah kegagalan yang
mengalami ricih yang tinggi.

1. Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku adalah kerana
terdapatnya keretakan pada permukaan asal.
1. Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebihi kaki cerun dan terkumpul pada kaki cerun

1. Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadi pada tanah butiran halus.
 2. Kegagalan jenis ini mempunyai garis
lengkung kegagalan yang melengkung ke atas
memberi kesan condong kepada jisim yang
bakal gelincir.

2. Ini menyebabkan tanah di bahagian atas
cerun menggelangsar menuruni permukaan
gelinciran.

3. Kegelinciran putaran mempunyai permukaan gelincir berbentuk bulat (circular), tidak bulat (non-circular ) dan cetek



Jenis Gelinciran Lurus / Peralihan (Bagi Tanah tak Jeleket)

1. Gray dan Leiser (1982) mengkategorikan permukaan tanah
yang mempunyai satah kegagalan yang bertindak selari
dengan lapisan tanah sebagai mengalami kegagalan dalam
bentuk gelinciran peralihan.

2. Kegagalannya adalah dipengaruhi oleh kehadiran stratum
bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang jauh berbeza
antara satu sama lain dan stratum ini mempunyai
kedalaman yang cetek di bawah permukaan cerun.


1. Lazimnya, gelinciran peralihan wujud di kawasan cerun yang mempunyai tekstur tanah yang kasar dan berpasir.

3. Faktor: • Tanah di bahagian permukaan menjadi longgar akibat tindakan cuaca dan proses luluhawa. • Cerun yang homogenus dan mempunyai tanah bertekstur kasar dan berpasir. • Tanah yang lemah di permukaan cerun tetapi
tanah dasar cerun terdiri daripada stratum yang
kuat.



Jenis Gelinciran Majmuk
1. Gelinciran ini adalah gabungan antara gelinciran putaran dan peralihan.

2. dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai perbezaan kekuatan yang tinggi seperti gelinciran peralihan.

3. Namun gelinciran majmuk ini berbeza
memandangkan stratum yang terlibat mempunyai
kedalaman yang besar sehingga menyebabkan
kegagalan membentuk permukaan lengkuk dan
bersatah

Pergerakan Baji (Wedge)

1. terjadi apabila terdapat persilangan antara dua
permukaan satah ketakselanjaran dan mewujudkan
blok batuan yang berkeadaan ‘daylight’ pada muka
cerun.

2. maksud istilah ‘daylight’ ialah apabila titik
persilangan antara dua ketakselanjaran dapat
dilihat pada muka cerun.

3. Blok batuan yang berbentuk baji ini berpotensi untuk menggelincir mengikut garis persilangan antara dua satah ketakselanjaran.




Pergerakan Satah
1. kegagalan yang disebabkan oleh satu satah ketakselanjaran yang berkeadaan ‘daylight’ pada muka cerun.

2. Kegagalan jenis ini terjadi apabila
kecenderungan satah yang menggelincir
mestilah lebih besar daripada sudut geseran
satah.

3. terdapat dua kegagalan satah yang
dipertimbangkan iaitu kegagalan satah
berdasarkan graviti dalam keadaan kering
dan kegagalan satah berdasarkan graviti
dalam keadaan kehadiran air permukaan

Pergerakan Hakisan (Erosion)

1. hakisan mempunyai dua proses asas: •proses pelonggaran partikel-partikel tanah yang biasanya diakibatkan oleh impak titisan-titisan hujan. •proses pengangkutan partikel-partikel tanah.

2. Hakisan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu hakisan geologikal dan hakisan terpecut (accelerated erosion).

3. Hakisan goelogikal ialah proses penghasilan tanah dan proses hakisan ini berada dalam keadaan keseimbangan.

4. Hakisan terpecut pula ialah proses hakisan yang biasanya terjadi akibat daripada aktiviti tindakan manusia.

Jenis Hakisan

1. Terdapat pelbagai jenis hakisan yang terjadi hasil
daripada mekanisma luar yang bertindak terhadap tanah
iaitu hakisan hentaman hujan, hakisan lapis, hakisan
alur dan gaung.

2. Butiran air hujan menghentam terus permukaan tanah atau menghentam lapisan air yang nipis yang terdapat diatas permukaan tanah.

3. Hentaman hujan akan memecahkan ketulan tanah dan menghasilkan butiran-butiran halus.

4. Butiran halus ini akan menutup rongga-rongga di
permukaan. Penutupan ini akan mengurangkan kadar
penyusupan air ke dalam tanah dan meninggikan kadar
air larian permukaan.

5. Kesan hentaman ini akan berkurang jika permukaan tanah dilindungi tumbuhan atau bahan lain.

1. Hakisan lapis adalah pemindahan sekata lapisan nipis tanah dari permukaan.

2. Peleraian butiran tanah dan aliran lapisan air dipermukaan menghasilkan hakisan lapis.

3. Hakisan ini mudah terjadi dikawasan yang tanah atasnya longgar dan lapisannya nipis manakala lapisan bawahnya padat.

4. Hakisan alur adalah hakisan yang menghasilkan lorong
atau parit yang nyata disepanjang laluan tumpuan air
larian permukaan.

5. Hakisan gaung menghasilkan lorong yang lebih besar
serta lebih dalam daripada yang dihasilkan oleh hakisan
alur.

6.Hakisan gaung adalah peringkat akhir perkembangan hakisan alur.

Pergerakan Aliran (Flow)

1. Kegagalan secara aliran lazimnya berlaku di Malaysia
dalam bentuk aliran lumpur (mudflow) yang mana
dikaitkan dengan kandungan air dalam sesuatu tanah
(earthflow).

2. Ianya akan berlaku apabila sesuatu bahan terpecah dan
bergerak tanpa tumpuan perpindahan pada sempadan
ricih.

3. Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi had cecair.

4. Bagi tanah yang berjelekit, pergerakan aliran boleh
berlaku walaupun kandungan lembapan tidak melebihi
had cecair.





No comments:

Post a Comment